fbpx
Dituduh muka 'bersepah' di stesen televisyen, pelakon Zarynn Min mengakui timbul rasa bimbang berhubung perkara terbabit.

‘Terharu warga purba macam saya orang masih nak tengok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dituduh muka ‘bersepah’ di stesen televisyen, pelakon Zarynn Min mengakui timbul rasa bimbang akan memberi impak negatif terhadap kelangsungan kerjayanya.

Zarynn atau nama asalnya Noraszarinawati Tumin, 46, mengakui istilah tersebut yang merujuk kepada kekerapan wajahnya muncul di skrin TV dikhuatiri akan membuatkan pihak stesen televisyen melabel dirinya sebagai pelakon yang sudah terlebih guna atau overused.

“Kalau saya berpegang pada yang dia cakap ‘bersepah’ itu, saya risaulah.

“Risau sebab dia akan jadi macam saya ini terlebih guna orang kata dan benda itu memberi impak untuk pihak-pihak stesen televisyen.

“Maknanya kalau kata projek seterusnya ada orang nak cadangkan nama saya, mereka tak nak sebab alasan ‘overused’. Itulah impak yang saya macam risau sangat tapi tak apalah saya doa banyak-banyak, harap benda itu tak menjadilah,” katanya kepada Kosmo! Online pada tayangan perdana filem Amir Amira, semalam.

Bagaimanapun, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu tetap berasa terharu apabila masih ada generasi muda yang menghargai bakatnya walaupun industri kini dibanjiri dengan ramai muka baharu.

“Terharu sebenarnya, walaupun saya dah warga emas, warga purba kan kira orang kata daripada kecil semua tengokkan. Tapi bila dapat komen macam itu saya terharu.

“Terutama kalau generasi muda macam kalian yang menghargai saya, saya terharu tapi bukan mendabik dada.

“Saya terharu dengan kalian pun fahamkan nak kekal dalam era sekarang memang susah. Banyak muka baharu,” ujarnya lagi.

Namun, dia mengakui tidak terkesan dari segi mental mengenai lemparan kata-kata tersebut kerana kekerapan wajahnya muncul dalam televisyen disebabkan siaran ulangan drama lama yang pernah dibintanginya sebelum ini.

“Secara peribadi tidaklah (terasa) sebab itu sebenarnya ayat-ayat slang kan. Cuma macam saya cakap impak dia takutlah stesen televisyen akan cakap saya overused.

“Sedangkan projek-projek tersebut kadang-kadang dah berapa tahun lepas, ulang balik.

“Itu jelah. Jadi saya harap macam benda itu tak beri kesan pada yang memilih pelakon-pelakonlah,” tambahnya.

Sebelum ini, seorang individu mempersoalkan kehadiran Zarynn dalam teelvisyen dengan melabel wajah wanita itu sebagai ‘bersepah’ atau sentiasa ada dimana-mana drama.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mempertahankan Zarynn memaklumkan wanita itu dia sebagai pelakon yang baik dan mempunyai lakonan yang hebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN