KOTA BHARU – Seorang peniaga di Kampung Chengal, Ketereh di sini hanya berniaga ayam golek bawang dan halia selama satu jam setiap hari sejak 1 Ramadan lalu selepas 40 ekor ayam jualannya habis dibeli oleh pelanggan. Wan Mohd. Idham Wan Molly, 36, yang baru pertama kali berniaga pada bulan Ramadan di tepi Jalan Kadok-Ketereh di sini dengan dibantu seorang rakan tidak menyangka ayam golek diperap dengan rempah buatan sendiri dan dijual pada harga RM25 seekor mendapat sambutan menggalakkan. “Disebabkan kekangan…














