fbpx
Sebuah belon udara panas yang disyaki diterbangkan tanpa kebenaran CAAM di ruang udara Kedah pada pagi tadi.

Belon udara panas mendarat di bendang Kampung Pisang tiada kebenaran CAAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sebuah belon udara panas yang mendarat di kawasan bendang di Kampung Pisang, Kota Sarang Semut di sini pagi tadi disyaki diterbangkan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian itu disedari seorang pesawah kira-kira pukul 8.30 pagi yang mendakwa belon udara panas berkenaan dinaiki seorang lelaki.

“Dia kemudian melihat beberapa individu melipat dan memasukkan belon udara panas tersebut ke dalam sebuah pikap.

“Hasil pertanyaan saksi terbabit kepada salah seorang kru iaitu pemandu pikap, lelaki itu mengaku bahawa belon udara panas tersebut berlepas dari Stadium Mini Pendang pada pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pikap yang membawa pengangkutan udara itu kemudian beredar dari lokasi berkenaan dan tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

“Hasil siasatan awal berdasarkan temu bual saksi, pemandu pikap turut memaklumkan bahawa belon udara panas itu terpaksa mendarat di situ bagi mengelakkan ia terbabas ke laut,” ujarnya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati pemilik belon udara panas tersebut ialah sebuah resort dan taman tema air di Pulau Pinang.

“Siasatan mendapati pihak resort tidak memperoleh kebenaran daripada CAAM dan Kawalan Trafik Udara untuk menerbangkan belon udara panas di ruang udara Kedah.

“Mereka hanya mendapat kebenaran bagi ruang udara di kawasan Taiping, Perak sahaja,” jelasnya sambil memberitahu kes itu dirujuk kepada CAAM untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI