fbpx
Pesawat F/A-18D Hornet. Gambar hiasan

Pesawat Hornet mendarat cemas selepas latihan menembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan kecemasan akibat masalah enjin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah, malam tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku ketika pesawat itu dalam penerbangan pulang selepas selesai menjalani Latihan Tembakan Udara ke Permukaan di Kota Belud.

Menurut kenyataan, juruterbang terlibat telah mengambil tindakan mengikut prosedur kecemasan yang ditetapkan sebelum memutuskan untuk mendarat di KKIA demi faktor keselamatan.

“Pesawat tersebut bagaimanapun, dilaporkan berjaya mendarat dengan selamat pada pukul 7.47 malam.

“Susulan kejadian itu, TUDM telah mengaturgerakkan pasukan teknikal ke KKIA bagi melaksanakan proses pemeriksaan serta bantuan teknikal terhadap pesawat berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pesawat terbabit dijangka diterbangkan semula ke pangkalannya setelah semua proses dan pengesahan teknikal selesai dilaksanakan. TUDM turut memberi jaminan bahawa keselamatan operasi penerbangan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap pelaksanaan misi dan latihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN