fbpx
Pegawai MCM sedang melakukan siasatan terhadap seorang individu.

MCMC siasat hantaran ancam kerabat diraja Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan berunsur ancaman, hinaan dan jelik melampau terhadap kerabat diraja Terengganu menerusi akaun X miliknya.

MCMC dalam kenyataannya berkata, kandungan tersebut menyentuh sensitiviti institusi diraja 3R (race, religion and royalty) selain mengandungi unsur penghinaan dan ancaman yang berpotensi mencetuskan kebencian, ketegangan awam dan gangguan terhadap ketenteraman negara.

Katanya, individu tersebut telah dipanggil untuk dirakam keterangan di Balai Polis Lanchang semalam dan sebuah telefon bimbit serta kad SIM dirampas untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya, hari ini.

MCMC berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan media sosial yang mengandungi unsur ancaman, hasutan kebencian atau penghinaan terhadap institusi diraja.

“Tindakan tegas dan profesional akan diambil tanpa mengira latar belakang mana-mana pihak,” katanya.

Orang ramai turut diingatkan agar tidak menyalahgunakan platform digital untuk menyebarkan kandungan yang menyalahi undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN