fbpx
Anggota bomba melakukan pencarian seorang warga China yang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi malam tadi.

Warga China hilang dipercayai lemas di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang pelancong warga China hilang dipercayai lemas ketika mandi bersama anaknya di Pantai Tanjung Rhu, di sini malam tadi.

Ketua Zon 4.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, anak kepada mangsa yang berusia 49 tahun melaporkan insiden tersebut kepada pihak hotel berhampiran.

Kata beliau, pihak hotel menghubungi Maritim Malaysia (APMM) yang kemudiannya memaklumkan pihak bomba bagi operasi mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 8.43 malam tadi.

“Maklumat awal menyatakan mangsa sedang mandi-manda bersama anak lelakinya di kawasan berkenaan sebelum menyedari bapanya telah hilang daripada pandangan dan hanya menemui topi milik mangsa terapung di permukaan air.

“Komander operasi mengarahkan anggota memulakan operasi pencarian di permukaan air (surface searching) di sekitar lokasi mangsa dipercayai hilang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi itu masih diteruskan dengan bantuan APMM yang turut melibatkan pemantauan berterusan terhadap keadaan ombak, arus, serta faktor keselamatan anggota terlibat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN