fbpx
Gambar hiasan.

Terengganu, Pahang hujan lebat sebelum berbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di empat negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu melibatkan Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun).

Menurutnya, hujan lebat juga diramal di Pahang melibatkan kawasan Jerantut dan Maran.

“Di Sarawak, cuaca diramal buruk di Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri),” katanya.

Sementara itu di Sabah, MetMalaysia berkata cuaca diramal hujan lebat hanya di Tawau.

Ujarnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN