PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong dimasukkan ke hospital hari ini.
Menurutnya, beliau dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor selepas berminggu-minggu sibuk bekerja.
“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina. Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika.
“Saya akan kembali dalam tempoh terdekat. Lebih kuat. Jalan terus. Kebaikan akan menyusul selepas musibah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Sementara itu, media melaporkan, seorang pegawai Steven Sim ketika dihubungi pemberita memaklumkan, menteri itu dipercayai mengalami keletihan melampau.
Beliau dipetik berkata, keadaan Steven Sim tidak serius dan keluarganya mahu menteri berkenaan diberi ruang untuk berehat sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE














