fbpx
Tertuduh (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini.

Belum selesai kes pukul polis, Zul dituduh mencuri pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki bujang yang sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini minggu lalu atas pertuduhan memukul anggota polis dengan kayu golf, hari ini dia didakwa pula bagi kesalahan mencuri.

Tertuduh, Zul Mazuwan Zulhilman Suresh Kumar, 30, bagaimanapun sekali lagi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori itu didakwa telah mencuri harta dalam bangunan iaitu sebuah telefon bimbit jenama Oppo A79 milik seorang lelaki warga asing di sebuah kedai makan di Jalan Sungai Nyior, Butterworth di sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 15 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Farihin Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin sekali gus menetapkan 7 April depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.

Pada 11 Februari lalu, tertuduh telah membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan memukul dua lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat lans koperal menggunakan kayu golf, 31 Januari lalu.

Mahkamah telah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Malah, ketika tertuduh dibawa ke mahkamah, dia dilihat berada dalam keadaan bersahaja dan sempat bersiul ketika wajahnya dirakam kumpulan jurugambar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN