SERUAN agar suasana politik negara diredakan sepanjang Ramadan terus disuarakan bagi memastikan keharmonian masyarakat terpelihara ketika umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah dan pembinaan akhlak. Bulan yang mulia ini seharusnya menjadi ruang memperkukuh nilai kesederhanaan, bukan medan memperhebat polemik dan budaya saling menuduh. Perkembangan media sosial sebagai medium utama penyebaran maklumat dan pandangan politik menuntut sikap lebih bertanggungjawab dalam kalangan pengguna. Mengulas mengenainya Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, media sosial kini menjadi medium…














