fbpx
Tangkap layar suspek bertudung yang memecah masuk rumah pelajar universiti awam di Seksyen 7 Shah Alam.

[VIDEO] Lelaki bertudung pecah rumah pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Taktik licik seorang lelaki menyamar sebagai wanita termasuk bertudung bagi memecah masuk rumah sewa pelajar universiti awam di Seksyen 7, terbongkar selepas aksinya berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.26 pagi semalam ketika ketiadaan penghuni kediaman itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 6.30 petang hari sama oleh seorang penyewa wanita berusia 20an yang baharu pulang dari kampung.

Katanya, mangsa yang juga pelajar universiti awam tempatan memaklumkan pintu utama rumah terbuka dan keadaan dalam kediaman berselerak sebelum laporan polis dibuat pukul 7.2 malam.

“Tiada sebarang kerugian atau kehilangan barang berharga dilaporkan.

“Hasil rakaman CCTV memaparkan suspek cuba menyamar dengan berpakaian wanita seperti bertudung dan membawa beg tangan agar perbuatannya tidak disyaki penghuni rumah lain di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek kini sedang giat dikesan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

“Orang ramai terutamanya penduduk dikawasan sekitar dinasihatkan agar memaklumkan kepada jiran atau pihak polis sendiri di balai berdekatan sekiranya meninggalkan rumah untuk bercuti.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN