fbpx
CHE Ta sudah menyiapkan busana baju rayanya pada tahun ini.

Baju raya sudah ‘ready’, jangan tanya berapa pasang – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan masih mengekalkan rutin setiap tahun dengan menunaikan solat tarawih di rumah bersama keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta, dia tidak melakukan sebarang persiapan berbeza pada Ramadan kali ini dan hanya mengikut rutin kebiasaan seperti tahun-tahun terdahulu.

“Semuanya biasa saja. Selalunya kalau persiapan raya memang saya sudah buat awal dan tiada aktiviti seni yang padat, cuma ada tiga hari penggambaran sahaja.

“Persiapan puasa tiada apa sangat, masak untuk berbuka dan sahur dan tarawih satu famili.

“Tapi saya tak tarawih di masjid pun, hanya lakukan di rumah saja,” katanya kepada Kosmo! Online pada kempen Jwanjih Kenyang RR2026 TV3 di sini, baru-baru ini.

Sempat ditanya mengenai jumlah persalinan keluarganya untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, dia hanya meminta orang ramia menanti perkongsian dalam media sosial.

“Baju Ramadan tak ada apa pun, hanya pakai Kaftan Che Ta saja.

“Baju raya sudah ‘ready’, jangan tanya berapa pasang, tengok saja dalam Instagram saya nanti,” ujarnya.

Sebelum ini, Che Ta sering menjadi bahan bualan netizen setiap kali menjelang raya apabila tampil memakai persalinan sedondon bersama keluarga tercinta termasuk suami dan anak perempuannya, Zain Saidin serta Aaisyah Dhia Rana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN