fbpx
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang keretanya terjunam ke dalamSungai Gadut petang tadi. -IHSAN BOMBA

Lelaki maut kereta terjunam dalam Sungai Gadut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas kereta Toyota Yaris yang dinaiki terjunam ke dalam sungai berhampiran Sekolah Dato’ Abdul Razak di Sungai Gadut, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang serta Rantau diketuai Komander Operasi, PBKII (TBKI) Rosli Mohamed dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 5 petang dan tiba 11 minit kemudian.

“Pasukan Keluaran Operasi iaitu membabitkan seramai 13 anggota berjaya mengeluarkan mayat mangsa di dalam kereta tersebut.

“Mangsa seorang lelaki berbangsa Cina berusia 25 tahun kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN