fbpx
Gambar hiasan

Hampir seluruh negara hujan hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut MetMalaysia, antara kawasan yang terlibat ialah Perak, Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang dan Selangor.

Turut diramal mengalami hujan ialah Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) serta Kapit (Song),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN