fbpx
Norliza (belakang, lima dari kanan) bersama sebahagian 200 pelajar yang memeriahkan program Komuniti PTPTN di SMK Bukit Besi, Dungun.

PTPTN galak penduduk luar bandar menyimpan dalam SSPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberi tumpuan untuk meningkatkan kesedaran membuat tabungan pendidikan dalam kalangan warga luar bandar termasuk tanah rancangan Felda.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, kadar penyertaan penduduk luar bandar dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) perlu ditingkatkan lagi demi masa depan pendidikan anak-anak.

“Mereka boleh membuka akaun SSPN dengan semurah RM20 sebulan sahaja. Sudah ada kemampuan nanti, boleh tingkatkan kepada RM30,” katanya pada program Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besi di sini, hari ini.

Seramai 200 pelajar SMK Bukit Besut menerima sumbangan RM50 seorang daripada PTPTN dalam bentuk Akaun Simpan SSPN Prime.

Dalam perkembangan berkaitan, Norliza berkata, seramai 7.314 juta penyimpan telah mendeposit simpanan mereka di dalam SSPN melibatkan nilai deposit keseluruhan kira-kira RM24 bilion.

“Ia mencerminkan kesedaran tentang kepentingan penabungan demi masa depan pendidikan tinggi anak-anak sudah semakin tinggi dalam kalangan masyarakat kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN