SHAH ALAM – DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City tampil dengan kelainan berbeza dalam mempromosikan bufet berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah kepada para pengunjungnya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui setiap perbelanjaan yang layak, tetamu berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menampilkan hadiah penginapan eksklusif.
Bagi mereka yang membuat tempahan korporat dengan perbelanjaan minimum RM1,000 berpeluang memenangi penginapan 3H2M di Hilton Hua Hin, manakala majlis keluarga dengan perbelanjaan minimum RM500 berpeluang memenangi penginapan 3H2M di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.
Selain itu, bagi barisan menu yang dihidangkan bermula 20 Februari ini bakal menawan hati para pengunjungnya melalui tema pilihan cef-cefnya yang berpengalaman luas.

Di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City menampilkan hidangan berbuka puasa melalui tema Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan”, sebuah pengalaman Ramadan yang menghimpunkan tradisi yang dihargai, citarasa moden, serta semangat kebersamaan yang mendefinisikan bulan suci ini.
Tema tahun ini meraikan warisan kulinari Malaysia yang kaya sambil mengangkat inspirasi kontemporari, menjemput para tetamu untuk meraikan kesyukuran, hubungan, dan komuniti melalui hidangan.
“Sepanjang bulan yang istimewa, kami menjemput para tetamu menikmati makanan bersama keluarga, rakan dan orang tersayang sambil menghayati momen bermakna di meja makan, jelasnya.
Antara tarikan utama ialah sajian istimewa seperti Udang Harimau Goreng, Kambing Salai, dan kegemaran ramai Kambing Golek Perap Basah Tradisi 32 Rempah Ratus yang dipanggang perlahan hingga sempurna beraroma.

Pengunjung juga boleh menikmati hidangan klasik yang mengasyikkan termasuk Mee Udang Penang, Pulut Mangga, serta pelbagai pencuci mulut seperti Kek Keju Kelapa Cempedak, Sago Pandan Durian Rose, Onde-Onde Kacang Merah Ubi Keledek, dan Puding Kurma Berkaramel yang masing-masing dihasilkan untuk menyerlahkan kemanisan musim ini.
Menambah seri suasana malam, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan buskers secara langsung dan alunan gazal, mewujudkan suasana hangat dan meriah untuk pertemuan bermakna.
Bufet Makan Malam Ramadan berlangsung dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, dengan harga RM198 nett untuk dewasa dan RM99 nett untuk kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE














