fbpx
SEMENYO (kiri) terus bersinar sejak berhijrah daripada Bournemouth apabila kini mengumpul lima gol bersama City. - AFP

Man. City tunggu Arsenal buat silap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester City kembali menghangatkan perubatan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan pendahulu liga, Arsenal selepas menewaskan Fulham 3-0 di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Kemenangan itu hadir tepat pada masanya buat skuad kendalian Pep Guardiola yang sebelum ini menuntut peningkatan prestasi menyeluruh dengan City tampil dominan sejak awal dan mendahului selesa sebelum rehat separuh masa.

Antoine Semenyo membuka jaringan mudah untuk gol kelimanya sejak menyertai kelab itu bulan lalu sebelum Nico O’Reilly menambah kelebihan enam minit kemudian dan Erling Haaland melengkapkan malam cemerlang tuan rumah hasil bantuan Phil Foden.

Semenyo mengakui permulaan kariernya bersama City ibarat mimpi menjadi kenyataan, namun menegaskan pasukan perlu mengekalkan momentum ketika saingan semakin memuncak.

“Tiada rahsia, saya cuma berada dalam pasukan hebat dengan persekitaran yang membantu saya cepat menyesuaikan diri. Segalanya seperti kisah dongeng buat saya sekarang,” katanya.

Pemain itu turut menekankan cabaran sebenar City adalah mengekalkan konsistensi dalam tekanan perebutan kejuaraan yang sengit ketika baki perlawanan semakin berkurangan.

“Kami perlu sahkan apa yang sudah dilakukan sebelum ini. Perebutan kejuaraan sesuatu yang baharu untuk saya, tetapi saya menikmatinya walaupun tekanannya tinggi. Masih ada 12 perlawanan, kami akan teruskan perjuangan,” ujarnya.

Guardiola pula menyifatkan aksi tersebut antara persembahan terbaik City musim ini, khususnya dari segi disiplin taktikal dan ketenangan ketika menguasai permainan.

“Ini salah satu persembahan terbaik kami musim ini. Kami ubah beberapa perkara dalam tekanan tinggi dan penguasaan bola. Barisan pertahanan sangat solid dan separuh masa pertama benar-benar cemerlang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN