fbpx
Kontena berisi Canned Tuna dan Whole Milk Powder yang disita AKPS di Pelabuhan Barat.

Gagal seludup hasil ikan, haiwan RM1.85 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang, berjaya mematahkan cubaan menyeludup lima kontena mengandungi hasilan ikan dan haiwan bernilai RM1.85 juta di Pelabuhan Barat di sini semalam.

Kejayaan itu hasil dua operasi berasingan hampir enam jam bermula 11.30 pagi di Pusat Pemeriksaan Kontena CFS 4.

Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang AKPS, Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, berdasarkan pecahan pihaknya menyita satu kontena mengandungi hasilan ikan jenis Canned Tuna yang diimport dari Negara Vietnam.

Menurutnya, rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM219,420.88 dengan anggaran berat sebanyak 15,360 kilogram (kg).

“Sitaan turut dibuat terhadap empat kontena mengandungi hasilan haiwan jenis Whole Milk Powder yang diimport dari New Zealand seberat 100,800 kg dianggarkan RM1.63 juta.

Pemeriksaan mendapati kesemua dagangan tersebut cuba dibawa masuk tanpa permit import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sitaan dibuat sebagai langkah pencegahan bagi mengawal risiko kemasukan penyakit haiwan serta memastikan pematuhan terhadap aspek keselamatan makanan dan kepentingan kesihatan awam negara terus
terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI