AKSI perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin sengit terutama perebutan kedudukan kelompok lima terbaik liga setakat ini.
Tekanan semakin dirasai setiap pengurus Fantasy Premier League (FPL) menjelang aksi minggu ke-26 awal pagi esok.
Para pengurus FPL perlu merencanakan percaturan terbaik terutama tanpa menolak banyak mata minggu ini selepas tanpa perlawanan berganda.
Tumpuan bagi saingan minggu ke-26 tentunya terarah kepada Arsenal yang memiliki perlawanan berganda menentang Brentford dan Wolves selain Manchester United yang tidak ada masalah menewaskan West Ham.
Kosmo! berkongsi tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik dalam usaha memburu mata maksimum untuk saingan minggu ini.
PENJAGA GOL
DAVID RAYA dijangka tidak berdepan masalah memastikan gawang tidak dibolosi disebabkan memiliki kelebihan untuk menewaskan dua lawan yang bakal dihadapi nanti.
PERTAHANAN
MALO GUSTO dilihat sudah kembali menemui prestasi terbaiknya dengan mengutip mata penuh selepas membantu Chelsea menang empat perlawanan berturut-turut.
TENGAH
BRUNO FERNANDES memainkan peranan penting buat Manchester United sejak beberapa aksi lepas dan kini memburu kemenangan kelima dibawah kendalian Michael Carrick.
PENYERANG
HUGO EKITIKE kembali berada pada tahap terbaik ketika ini apabila terus membantu pengurus FPL mengumpul 100 mata keseluruhan setakat ini.
KAPTEN
VIKTOR GYOKERES dipilih sebagai kapten berdasarkan prestasi semasanya yang cemerlang selain berpotensi untuk menyerlah ketika berhadapan dua kelab mudah nanti.
KESEBELASAN UTAMA
Penjaga gol
David Raya (Arsenal) £5.9
Pertahanan
Gabriel (Arsenal) £6.9
Malo Gusto (Chelsea) £4.8
James Hill (Bournemouth) £3.9
Tengah
Bruno Fernandes (Man. United) £9.8
Bryan Mbeumo (Man. United) £8.5
Bruno Guimaraes (Newcastle) £7
Antoine Semenyo (Man. City) £7.9
Penyerang
Viktor Gyokeres (Arsenal) £8.7
Joao Pedro (Chelsea) £7.4
Hugo Ekitike (Liverpool) £8.9
Simpanan
Jordan Pickford (Everton) £5.6
Marc Guehi (Man. City) £5.5
Nikola Milenkovic (N. Forest) ) £5.5
Enzo Fernandez (Chelsea) £6.6
FORMASI: 3-4-3














