fbpx
Penunjuk perasaan melakukan protes bagi membantah lawatan Herzog ke Australia di Sydney kelmarin. - AFP 

Rakyat Australia bantah lawatan Presiden Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Polis Sydney menggunakan semburan lada bagi menyuraikan penunjuk perasaan kelmarin ketika mereka berhimpun kerana membantah lawatan Presiden Israel, Isaac Herzog ke Australia.

Lawatan empat hari yang dikawal ketat itu bertujuan untuk memujuk masyarakat Yahudi Australia susulan kejadian tembakan rambang pada Disember tahun lalu di Pantai Bondi, Sydney yang mengorbankan 15 orang semasa festival Hanukkah.

Herzog bagaimanapun disambut dengan protes di dua bandar terbesar Australia petang semalam, dengan perhimpunan di Sydney bertukar ganas apabila polis menggunakan semburan lada ke atas penunjuk perasaan dan pengamal media, termasuk AFP.

Seorang wartawan AFP berkata, mereka melihat sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan ditangkap ketika peserta perhimpunan bergelut dengan polis.

Jurucakap Kumpulan Tindakan Palestin, Josh Lees berkata di laman Instagram bahawa polis telah berulang kali menyembur hos air dan semburan lada.

Polis negeri New South Wales enggan mengulas perkara itu apabila dihubungi oleh AFP.

Selain itu, orang ramai turut berkumpul di pusat bandar Melbourne bagi menuntut pendudukan Israel di wilayah Palestin ditamatkan.

Perdana Menteri Anthony Albanese menggesa orang ramai untuk menghormati sebab lawatan Herzog sambil menambah, beliau akan menyertai presiden itu untuk bertemu dengan keluarga mangsa yang terkorban di Pantai Bondi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN