fbpx
DEMBELE kembali membuktikan kualitinya sebagai pemenang Ballon d’Or ketika menewaskan Marseille awal pagi tadi.

Ligue 1: PSG pamer aksi lima bintang ‘belasah’ Marseille

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique menganggap pemenang Ballon d’Or 2025, Ousmane Dembele kembali berada pada tahap terbaik selepas membantu pasukan menewaskan Olympique Marseille 5-0 dalam derbi Ligue 1 awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Parc des Princes itu, PSG tidak mempunyai masalah meraih tiga mata untuk mengukuhkan status selaku pendahulu liga hasil penyudah berganda Dembele dan satu jaringan Khvicha Kvaratskhelia, Lee Kang-in serta gol sendiri Facundo Medina.

Menurut Enrique, kritikan yang dilemparkan ke atas Dembele dengan menyatakan pemain antarabangsa Perancis itu sebagai tidak konsisten adalah tidak wajar.

“Sebelum ini kamu tanya saya Dembele tidak konsisten dan dia sudah membalas jawapan tersebut di atas padang. Dia pemain yang luar biasa kerana memiliki keupayaan yang tidak dimiliki oleh pemain-pemain lain.

“Sejak kembali bersama PSG, dia berjaya menambah corak permainannya ke tahap yang lebih tinggi terutama  ketika melakukan tekanan. Apa yang dia pamer adalah bukti dia layak menang Ballon d’Or,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN