fbpx
INILAH lokasi kejadian kes buli melibatkan seorang kanak-kanak dibuli dengan cara tangan diikat serta mulutnya dilekat pita pelekat di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Sabtu lalu.

Empat pembuli budak dah kena ‘angkut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Empat remaja yang disyaki terbabit dalam kejadian buli menggunakan api di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini tengah malam Sabtu lalu akhirnya diberkas pihak polis.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan sehari selepas kejadian dan direman empat hari sehingga Rabu ini untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan satu rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian buli melibatkan beberapa kanak-kanak disyaki berlaku di Kampung Melayu Majidee di sini, pada pukul 12.39 tengah malam, Sabtu lalu.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, sekurang-kurangnya empat kanak-kanak melakukan perbuatan tersebut ke atas mangsa yang juga kanak-kanak lelaki.

Kelihatan pantulan cahaya api dipercayai menggunakan alat penyembur nyamuk ke arah mangsa yang terbaring dalam tangan terikat dan mulut dilekat dengan pita pelekat.

Tidak lama kemudian, tiga daripada suspek mendekati mangsa yang terbaring sebelum mengangkat kanak-kanak itu yang dalam keadaan lemah. Seorang lagi kanak-kanak bertindak sebagai pemantau.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN