fbpx
Nur Fazura menyambut baik permohonan maaf dibuat pelawak, Lan Pet Pet yang dikatakan bergurau secara tidak senonoh dengannya dalam sebuah acara di Johor Bahru.

Cari reda Allah lebih utama, saya maafkan abang Lan – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nur Fazura menyambut baik permohonan maaf dibuat pelawak, Lan Pet Pet yang dikatakan bergurau secara tidak senonoh dengannya dalam sebuah acara di Johor Bahru.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin,43, memilih segera untuk memaafkan rakan sekerjanya itu.

“Susuli permohonan maaf secara terbuka oleh saudara Lan, Faz memilih untuk segera memaafkan sepertimana segera saudara Lan memohon maaf atas kekhilafan anda.

“Ini kerana walaupun hati pernah terguris, keinginan mencapai reda Allah SWT adalah lebih utama.

“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran dan teladan buat kita semua. Mudah-mudahan. Seikhlasnya,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji pelakon filem Pisau Cukur itu yang lembut hati untuk memaafkan Lan.

“Kamu mempunyai hati dan jiwa yang indah. Memaafkan adalah perkara terbaik dan terindah yang Allah suka. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan Faz dan Fatima. Sentiasa menyukai sikap positif anda,” komen netizen.

Terdahulu Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 57, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Fazura dan peminatnya di atas ketelanjuran katanya bergurau sewaktu melakukan sesi ‘live’ bersama aktres itu semalam.

Dalam sesi ‘live’ itu, Lan meminta agar netizen memberi waktu kepada Fazura yang baru dua tahun bercerai.

Namun, penggunaan perkataan seperti ‘kering’ dan ‘ketat’ mengundang kecaman netizen kerana dianggap keterlaluan dan tidak menghormati Fazura sebagai wanita berstatus ibu tunggal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI