fbpx
Van jenazah yang membawa keluarga dan jenazah arwah Nur Izzati tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Jenazah Nur Izzati tiba di Hospital Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jenazah Allahyarhamah Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai sesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim telah tiba di Hospital Sungai Buloh di sini petang tadi bagi urusan lanjut.

Mangsa ditemukan Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 11.58 pagi tadi di kawasan kebun kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Difahamkan, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke kampung halaman di Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak untuk urusan pengebumian selepas selesai proses berkaitan.

Terdahulu, Allahyarhamah dilaporkan hilang ketika dipercayai menuruni Bukit Changkat Asa bersendirian sebelum operasi mencari dan menyelamat digerakkan pihak berkuasa sejak Sabtu lalu. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN