fbpx
Tangkap layar CCTV LLM memaparkan aliran trafik semasa di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Esok raya, trafik sesak lebih 20km menuju Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 5 petang ini susulan peningkatan jumlah kenderaan menjelang musim perayaan Aidiladha.

Menurut Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya (LLM), di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan dari MRR2 menuju ke Plaza Tol Gombak, selain berlaku pertambahan kenderaan menghala Bukit Tinggi sehingga ke Lentang.

Keadaan itu telah menyebabkan kesesakan sejauh lebih 20 kilometer hala ke Pantai Timur dengan kelewatan perjalanan dijangka mencecah 56 minit.

Selain itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, trafik dilaporkan sesak dari Terong Menora ke Kuala Kangsar, Bidor ke Tapah dan Hospital Sg. Buloh ke Rawang Selatan.

Selain itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan (E2), aliran trafik arah selatan perlahan dari Nilai Utara ke RSA Seremban, dan Setia Tropika ke Persimpangan Pasir Gudang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN