fbpx
Gambar hiasan

Ada peguam di luar sana berhajat nak sertai GSF 2.0?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis perundangan dicari bagi menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 akan datang.

Sumud Nusantara Official menerusi kenyataan berkata, individu yang ingin memohon perlu memiliki minimum tujuh tahun pengalaman sebagai peguam.

“Mempunyai pengalaman (bersama) pertubuhan bukan kerajaan adalah satu kelebihan. Boleh memberi komitmen penuh untuk GSF 2.0 dan sihat tubuh badan,” kata kenyataan itu.

“Terbuka kepada lelaki dan perempuan. Latihan dan bimbingan disediakan. Sertai kami dan bawa kepakaran anda untuk mempertahankan hak dan keadilan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, GSF mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan untuk Palestin terbesar dalam sejarah pada 29 Mac depan.

Menurut kenyataan di media sosial Sumud Nusantara Official, ia melibatkan penyertaan lebih 100 buah negara yang akan berlepas ke Gaza serentak dari pelbagai pelabuhan di seluruh Mediterranean. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI