fbpx
RAYA antara watak penting memastikan kejayaan Arsenal menerajui carta EPL dengan kelebihan enam mata. - AFP

EPL: Arsenal tak sanggup tercicir mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penjaga gol Arsenal, David Raya menggesa rakan sepasukan supaya terus mengekalkan fokus menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Sunderland di Stadium Emirates malam ini.

Biarpun menerajui liga dengan kelebihan enam mata ke atas pencabara terdekat, Manchester City, namun bintang Sepanyol itu memberi amaran keadaan mungkin berubah sekiranya mereka terlalu selesa.

Justeru, Raya berharap mereka akan terus mencatat kemenangan dalam baki perlawanan musim ini memandangkan pasukan pencabar seperti City dan Aston Villa mampu untuk melakar kejutan dan memintas mereka.

“Bagi saya, kami tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukan ketika ini kerana apa sahaja boleh berlaku. Saya sentiasa katakan bahawa kami perlu sentiasa memberikan sepenuh fokus untuk perlawanan seterusnya.

“Selepas ini kami akan melayan kunjungan Sunderland dan semua orang tahu kemampuan mereka. Kami perlu terus mengutip tiga mata dan agak melegakan kerana jurang mata agak besar dengan pencabar yang lain,” katanya.

Pada masa sama, Raya juga tidak menganggap mereka berdepan tekanan untuk mempertahankan kedudukan biarpun sebelum ini dipintas saat akhir dan terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.

“Saya tidak fikir kami berdepan tekanan, mungkin itu hanya cakap-cakap orang di luar sana. Kami tahu kemampuan sendiri dan harap ini adalah tahun untuk Arsenal tetapi masih banyak perlawanan perlu diharungi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN