fbpx
KEADAAN lori membawa muatan gula pasir yang terbalik menyebabkan seorang kelindan maut dalam nahas di KM 386, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Slim River di Tanjung Malim pada pukul 9.45 pagi tadi. Foto IHSAN JBPM PERAK

Kelindan lori bawa gula pasir maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang kelindan lelaki berumur 33 tahun maut dalam nahas melibatkan dua lori di Kilometer (KM) 386, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Slim River di Tanjung Malim pada pukul 9.45 pagi tadi.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, mangsa yang berada di lori membawa muatan gula pasir itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian, lori membawa muatan plastik telah terbabas di dalam longkang menyebabkan pemandunya seorang lelaki berumur 32 tahun cedera ringan.

“Sementara itu, lori membawa muatan gula pasir terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik. Pemandu seorang lelaki selamat, tetapi kelindannya iaitu seorang lelaki berumur 33 tahun maut serta-merta,” katanya di Tanjung Malim hari ini.

Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut sementara mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN