fbpx
SITI Fairuz dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM41,490 tahun lalu. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

Pengarah syarikat pelancongan didakwa salah guna wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM41,490 tahun lalu.

Tertuduh, Siti Fairuz Omar, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan, Siti Fairuz didakwa secara curangnya menyalahgunakan harta yang dimiliki seorang lelaki iaitu wang RM41,940 di SIGC Paroi di sini pada 7 September hingga 19 November 2025.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan atau maksimum lima tahun dan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan paling minimum atas alasan telah hilang pendapatan sejak kes tersebut.

“Saya baru mula berniaga di warung secara kecil-kecilan dan menanggung ibu yang sakit. Selain itu, saya memberi kerjasama yang baik kepada polis dan membuat bayaran kepada pengadu (mangsa) walaupun kes sedang berjalan,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN