KLUANG – Seorang gadis berketurunan etnik Rohingya dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Kampung Melayu sejak November tahun lalu sehingga ke hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sehubungan dengan itu, keluarga membuat laporan berkaitan kehilangan remaja perempuan yang dikenali sebagai Huzaifah Nur Islam, 14.
Katanya, remaja yang memegang kad UNCHR : 51203C01270 itu tinggal di Nombor 38, Lorong 3, Jalan Dahlia, Kampung Melayu mempunyai ketinggian kira-kira 151 cm dengan kulit berwarna coklat.
“Kali terakhir remaja itu dilaporkan berbaju T warna hitam, seluar jeans biru serta bertudung, namun tidak dinyatakan punca kehilangannya.
“Orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat berkaitan remaja perempuan ini diharapkan dapat melaporkannya kepada mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE














