fbpx
Hutan berkeluasan lima hektar di Taman Botani musnah terbakar, hari ini. Gambar ihsan JBPM

Hutan Taman Botani terbakar, tiada mangsa terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Hutan dengan keluasan kira-kira lima hektar di Taman Botani, Jalan Kebun Bunga di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 6.24 petang dan kemudiannya bergegas ke lokasi kebakaran.

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan Paya Terubong.

“Berlaku kebakaran hutan dengan anggaran keluasan lima hektar. Komander Operasi bertindak menjalankan ‘size up’ di lokasi kejadian dan menjalankan kerja-kerja pemadaman.

“Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran hutan tersebut,” katanya di sini, sebentar tadi.

Katanya, operasi pemadaman masih dijalankan sehingga pukul 9 malam tadi dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari masa ke semasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN