fbpx
Gambar hiasan

Pelancong China acu pisau ‘berang’ tak dapat beli rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Gara-gara berang akibat gagal membuat bayaran untuk membeli rokok, seorang pelancong lelaki warga China bertindak mengacukan pisau kepada pekerja kedai serbeneka di Taman Ampang Hilir, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 9 pagi ketika pengadu sedang menyusun barangan sebelum terdengar bunyi bising di kaunter bayaran.

“Rakan sekerja telah datang ke arah pengadu meminta bantuan dan melihat seorang lelaki tidak dikenali mahu membeli rokok namun gagal membuat bayaran menggunakan kad bank yang diberikan.

“Pengadu hubungi pihak polis dan suspek telah diarahkan beredar dari kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun telah datang semula ke tempat kejadian dan melakukan kekacauan dengan menjatuhkan barangan di kaunter serta mengacukan pisau kepada pengadu.

Katanya, pengadu kemudian menghubungi pihak polis sekali lagi dan suspek berjaya ditahan di lokasi sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Suspek direman selama empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN