fbpx
Seorang wanita baru menyedari terdapat coklat hadiah perkahwinannya yang diterima 12 tahun lalu. Foto THREAD CANCALLMETIM

Dah 12 tahun, coklat hadiah kahwin boleh jadi artifak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita baru menyedari terdapat bungkusan pelbagai coklat di dalam bekas yang tidak pernah dibukanya selepas dia menerima hadiah tersebut kira-kira 12 tahun dahulu pada majlis perkahwinannya.

Menerusi perkongsian wanita tersebut pada hantaran Thread Cancallmetim, wanita itu memuat naik gambar coklat yang dijumpai dalam bekas diterimanya sebelum ini.

“Dah kahwin 12 tahun baru belek hadiah kahwin. Baru tahu dalam bekas ni ada selit coklat Daim,” katanya.

Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu berkata, dia telah membuka hadiah kahwin yang diterima pada majlis perkahwinannya.

“Dah unbox (buka) semua lepas kenduri, cuma tak belek sampai dalam-dalam sebab belum rasa nak guna masa tu,” katanya.

Hantaran itu menerima pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial selain ada yang meninggalkan komen berseloroh.

“Weh kasihan dia 12 tahun di tempat gelap sunyi gelita,” komen Shayranaas.

“Boleh jadi artifak tu,” komen Pwincezs Bella Arapaima.

“Kalau zaman dulu siap ada sesi buka hadiah. Buka semua hadiah depan ahli keluarga. Memang nostalgia sebab ada hadiah yang kelakar dan seronok,” kongsi Pink Hot Chilli Peppers. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI