fbpx
Gambar hiasan.

CCTV dedah helah pencuri di kedai dobi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menjadi kunci kepada penahanan seorang wanita warga asing selepas mencuri RM250 daripada dompet seorang pelanggan di sebuah kedai dobi layan diri di Bandar Mahkota Banting, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, kejadian itu dikesan selepas pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 9.55 malam daripada seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun.

Menurut beliau, pengadu yang tertinggal dompet di premis berkenaan kembali semula ke kedai dobi itu sebelum menyedari wang tunai di dalamnya berkurangan daripada RM500 kepada RM250.

“Hasil semakan rakaman CCTV mendapati seorang wanita dipercayai mengambil wang berkenaan daripada dompet itu.

“Rakaman itu kemudiannya tular dan polis berjaya menjejaki dan menahan suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN