fbpx
Faisal Halim meraikan jaringan yang dilakukan ke atas TFC, semalam.

Selangor belum sempurna – Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon akur skuad kendaliannya masih belum berada pada tahap terbaik meskipun berjaya mencuri satu mata dalam aksi menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus semalam.

Beliau berkata, Gergasi Merah  bermula agak perlahan pada babak pertama dengan tuan rumah yang dilihat lebih agresif dan mendominasi perebutan bola.

“Terengganu bermula dengan lebih baik. Mereka sangat bagus dalam duel (perebutan bola) dan banyak memenangi ‘first ball’ (bola awal), manakala kami pula agak bergelut.

“Sukar kami untuk mengawal rentak permainan. Pemain-pemain saya tidak berada dalam prestasi terbaik pada separuh masa pertama,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Pan-gon menegaskan Selangor masih mempunyai  banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya daripada segi konsistensi permainan, penguasaan bola serta ketajaman di bahagian serangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN