PERTAMA sekali, penulis ingin mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa dan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya membongkar pelbagai salah laku tatakelola di semua peringkat. Dari sekecil-kecil jawatan hinggalah peringkat tertinggi, umpama orang kata dari ‘ikan bilis sehinggalah seekor jerung’ yang sebelum ini ‘kenyang’ dijamu. Bermula dengan skandal di Kementerian Dalam Negeri melibatkan beberapa agensi penguat kuasa termasuklah sindiket counter setting, kemudiannya kartel di Kementerian Pertahanan dan kini merebak ke Jabatan Alam Sekitar. Pembongkaran demi pembongkaran……














