fbpx
Keadaan mangsa yang terbaring di atas jalan selepas terlibat kemalangan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur hari ini.

Wanita tercampak nahas motosikal, dua kenderaan di Jalan Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal cedera selepas terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Kuching, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 pagi itu, mangsa wanita berusia 36 tahun mengalami kecederaan pada bahagian bahu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Modenas Kriss, kenderaan pelbagai guna Toyota Innova dan van Nissan Urvan.

Katanya, siasatan mendapati penunggang motosikal yang datang dari arah Jalan Kuching dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang Toyota Innova yang berhenti untuk memasuki susur masuk ke Bulatan Kepong.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa telah tercampak ke lorong kanan sebelum motosikalnya dilanggar van Nissan Urvan. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zamzuri berkata, pemandu Toyota Innova dan Nissan Urvan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kedua-dua mereka membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau saksi kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN