fbpx
SALAH berjaya meledak satu gol ketika membantu Mesir menikmati kemenangan pertama di pentas Piala Dunia menewaskan New Zealand semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Mesir nikmati kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VANCOUVER – Mesir mengakhiri penantian selama 92 tahun untuk mencatat kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan di pentas Piala Dunia selepas menewaskan New Zealand dalam aksi Kumpulan G, semalam.

Pada perlawanan di Stadium BC Place itu, kapten pasukan, Mohamed Salah membuktikan statusnya sebagai legenda bola sepak Mesir apabila menyumbang satu gol dan satu bantuan jaringan dengan gol lagi dilakukan Mostafa Zico serta Trezeguet.

Salah yang kini bergelar ejen bebas selepas berpisah dengan Liverpool mengakui kemenangan tersebut sukar digambarkan dengan kata-kata dan menjadi detik yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Mesir.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menggambarkannya dengan kata-kata. Ini adalah pencapaian luar biasa untuk semua pemain dan juga barisan kejurulatihan.

“Saya harap kami dapat meneruskan momentum ini dalam baki saingan kumpulan kerana kami mahu mencipta sejarah dan layak ke pusingan seterusnya. Saya percaya kejayaan itu akan dikenang sebagai antara pencapaian terbaik dalam sejarah bola sepak Mesir,” katanya.

Sementara itu, pengendali New Zealand, Darren Bazeley mengakui kecewa dengan keputusan tersebut selepas pasukannya mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa pertama.

““Kami bermain dengan sangat baik pada babak pertama. Kami menguasai bola dan mencipta banyak peluang.

“Namun, pada separuh masa kedua kami gagal mengekalkan rentak permainan. Mesir meningkatkan tempo dan kami tidak mampu mengulangi prestasi yang dipamerkan sebelum itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN