fbpx
Gambar hiasan.

‘Kartel, gengster akan kuasai pilihan raya Datuk Bandar KL’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menggesa UMNO membantah pilihan raya jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Dakwa beliau, pilihan raya itu akan menyebabkan Kuala Lumpur bukan saja dikuasai oleh parti politik dan sentimen perkauman, tetapi kartel dan gengster.

“KL banyak pusat hiburan, pub, kelab malam, pusat urut dan kegiatan tidak bermoral. Banyak aktiviti ‘underworld’, kartel dan gengster.

“Bayangkan KL gengster guna duit dan rangkaian mereka untuk sokong calon tertentu. Pejabat Datuk Bandar tidak lagi bebas,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mohd. Puad berkata, tindakan tatatertib boleh diambil jika penjawat awam melakukan kesalahan, tetapi Datuk Bandar yang dipilih melalui pilihan raya perlu menunggu sehingga penggal tamat.

Justeru, katanya, UMNO mesti membantah dan menubuhkan sekretariat khas untuk mengemukakan respon balas seperti UMNO membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN