fbpx
Gambar hiasan

Rasuah e-waste: SPRM beku akaun syarikat, bank bernilai RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun syarikat dan perbankan milik seorang individu dianggarkan bernilai RM1 juta berhubung siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Menurut sumber, siasatan melibatkan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, seorang penolong pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga seorang orang awam.

Katanya, siasatan yang dijalankan Bahagian Siasatan SPRM bermula sejak 19 Januari lalu turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170,000.

“Setakat ini SPRM telah membekukan satu akaun syarikat bernilai kira-kira RM700,000 dan satu lagi akaun milik individu bernilai kira-kira RM300,000.

“Pada masa yang sama, siasatan SPRM kini menjurus kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas syarikat pengurusan buangan terjadual yang terlibat dengan aktiviti pelupusan bahan buangan secara haram,” kata sumber.

Semalam, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan penolong pegawai JAS telah ditahan reman tujuh hari hingga Khamis depan manakala seorang lagi orang awam direman selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Sesyen 16 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI