fbpx
Tangkap layar video menunjukkan ketulan ais yang dikutip oleh penduduk tempatan. - TikTok

Penduduk teruja kutip hujan ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Tana Toraja, wilayah Sulawesi Selatan digemparkan dengan fenomena hujan ais yang memenuhi bumbung dan halaman rumah mereka, lapor laman berita Detik semalam. 

Fenomena itu turut melanda beberapa kawasan lain yang disertai hujan lebat dan angin kencang baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @luis.tondok menunjukkan seorang wanita mengutip beberapa ketulan ais yang bertaburan di halaman rumahnya. 

Jurucakap Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Toraja, Rayhand Cakraningrat berkata, fenomena itu tercetus akibat cuaca yang tidak menentu. 

“Ketulan ais itu terbentuk dalam awan ribut petir atau dikenali sebagai awan kumulonimbus yang merupakan sumber utama pembentukan hujan ribut petir,” kata Rayhand. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN