fbpx
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki berdiri bersebelahan kereta mangsa sebelum mencuri bag yang mengandungi RM10,000 di hadapan sebuah pasar raya di Kupang, pagi semalam.

Tak sempat masuk bank, RM10,000 dalam kereta dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM10,000 apabila bag galas berisi wang tersebut dicuri ketika keretanya diparkir di tepi pasar raya di Kupang, di sini hilang, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, mereka menerima laporan polis mengenai kehilangan wang tunai tersebut daripada wanita itu pada pukul 11.40 pagi pada hari sama.

“Hasil soal siasat, mangsa mendakwa meletakkan keretanya jenis Toyota Avanza pada pukul 8.30 pagi di hadapan pasar raya dan meninggalkan beg galas itu untuk membeli barang keperluannya.

“Selepas membeli barang, mangsa terus pulang ke rumah tanpa menyedari beg galas miliknya itu telah hilang dan tiada dalam kereta yang dinaikinya itu,” kata Brandon.

Menurutnya, mangsa mendakwa wang berkenaan hasil perniagaan yang mahu disimpan di dalam bank dan siasatan awal mendapati jarak kereta mangsa sekitar 15 meter dari pintu di hadapan pasar raya tersebut.

“Pemeriksaan rakaman televisyen rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia 20 hingga 30an telah membuka pintu hadapan bahagian penumpang dan melarikan beg galas milik pengadu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN