fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh Johari di laman Facebook.

Majlis Ekonomi Bumiputera perkukuh agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera kekal relevan, inklusif dan selari dengan keperluan ekonomi masa hadapan.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, komitmen itu dizahirkan menerusi penyertaan beliau dalam Majlis Mesyuarat Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menyelaras dasar, memperkukuh pelaksanaan serta menilai keberkesanan inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputera di peringkat nasional, termasuk memperincikan hala tuju negara dalam bidang perdagangan dan pelaburan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, beliau berkata, perbincangan turut tertumpu kepada usaha memperkasa penyertaan Bumiputera dalam sektor bernilai tinggi, meningkatkan daya saing perusahaan tempatan serta memastikan akses lebih luas kepada pembiayaan, pasaran dan peluang rantaian bekalan.

“Komitmen berterusan kerajaan adalah untuk memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera kekal relevan, inklusif dan selari dengan keperluan ekonomi masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN