fbpx
Fadillah ketika berucap pada majlis perasmian portal Papan Pemuka Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Parlimen hari ini. FOTO TEAM MEDIA FY.

Kerajaan lancar papan pemuka pantau perkembangan MA63

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini melancarkan portal Papan Pemuka Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi membolehkan rakyat memantau perkembangan terkini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, portal yang dikendalikan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) itu menyediakan akses kepada maklumat latar belakang MA63, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) serta status perundingan semasa.

“Portal berkenaan membolehkan orang ramai meneliti perincian berkaitan MA63 termasuk sejarah perjanjian serta aktiviti BHESS mengenai status rundingan di bawah perjanjian tersebut.

“Setakat ini, 13 perkara berkaitan tuntutan MA63 telah diselesaikan, manakala 15 lagi masih di peringkat rundingan yang memerlukan penelitian lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan papan pemuka berkenaan di bangunan Parlimen hari ini.

Fadillah berkata, proses pelaksanaan tuntutan MA63 bukan perkara mudah kerana melibatkan sejarah penubuhan negara serta perundangan yang telah lama digubal di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Ada perkara yang mudah dan telah diselesaikan, namun ada juga yang memerlukan perundingan lebih rumit termasuk pindaan Perlembagaan dan undang-undang sedia ada,” katanya.

Menurut beliau, pembangunan Papan Pemuka MA63 dilaksanakan secara dua fasa dengan fasa pertama boleh diakses menerusi portal rasmi BHESS, manakala fasa kedua akan melibatkan penambahbaikan berterusan termasuk pengemaskinian maklumat secara langsung oleh kementerian dan agensi berkaitan.

Dalam perkembangan lain, mengulas isu kawal selia Petronas dan Petros, Fadillah berkata perkara itu kini berada di mahkamah dan semua pihak perlu menunggu keputusan rasmi badan perundangan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan MA63 merupakan dokumen asas pembentukan Malaysia, namun pengurusan serta kawal selia industri minyak dan gas tertakluk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI