fbpx
Sathiyaseelan (dua dari kiri) dan Balaraj tiba di Mahkamah Sesyen, Klang hari ini. Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Dua sahabat dituduh samun wanita di kawasan parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyamun seorang wanita dengan melarikan beg tangan berisi telefon bimbit jenis Honor dan wang RM110 di kawasan parkir awal pagi 18 Januari lalu.

Tertuduh, R. Sathiyaseelan, 32, dan M. Balaraj, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Sathiyaseelan yang juga pekerja p-hailing turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol dan mencederakan mangsa berusia 37 tahun di lokasi dan waktu sama. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (2)(a) Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh turut membuat pengakuan sama di hadapan Majistret A. Karthiyayini ayas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis di lokasi dan waktu yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Suhaili Abu Bakar dan Nadia Syuhada Rosli, manakala kedua-dua tertuduh diwakili K. Nathiya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 terhadap Sathiyaseelan dan RM10,000 ke atas Balaraj dengan seorang penjamin. Mereka perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali. Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN