fbpx
CARRICK berjaya melepasi dua ujian besar apabila membantu United menewaskan City dan Arsenal ketika baharu sahaja mengambil alih tugas di Old Trafford. - AFP

EPL: Carrick bukan individu tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas ketua pasukan Manchester United, Roy Keane masih kekal dengan pendirian bahawa pasukan itu perlu mendapatkan seorang pengurus yang memiliki nama besar dan lebih baik untuk mengemudi pasukan.

Biarpun pengendali interim, Michael Carrick berjaya memacu kemenangan dalam dua perlawanan berprofil tinggi dengan menewaskan Manchester City dan Arsenal, Keane percaya beliau bukan yang terbaik untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Ruben Amorim.

“Dua perlawanan dengan persembahan yang cukup baik, tetapi sesiapa sahaja boleh memenangi dua perlawanan.

“Jika United mampu menang semua perlawanan sehingga akhir musim sekali pun, saya masih tidak akan memberikan tugas pengurus tetap kepada Carrick. Saya tidak yakin beliau adalah individu tepat untuk tugas di kelab ini.

“United memerlukan pengurus yang memiliki kredibiliti besar dan hebat. Saiz kelab ini dan cabaran yang mereka bakal hadapi untuk tempoh beberapa tahun akan datang menyebabkan anda memerlukan pengurus yang benar-benar tepat.

“Adakah anda mampu duduk dan percaya bahawa Carrick mampu menghadiahkan United gelaran? Ia tidak cukup untuk saya. Saya tidak percaya itu akan berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Keane tetap memberikan pujian dengan persembahan dipamerkan oleh United ketika menewaskan Arsenal dengan menyifatkan corak permainan mereka adalah seperti pasukan itu di zamannya beraksi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI