fbpx
Gambar hiasan

Doktor rugi RM285,000 diperdaya penipuan melalui telefon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang doktor berputih mata apabila wang simpanannya dan pinjaman bank yang berjumlah RM285,000 lesap selepas terjerat dengan penipuan melalui panggilan telefon baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 31 Disember lalu selepas lelaki berusia 31 tahun itu menerima panggilan daripada beberapa individu yang menyamar wakil syarikat utiliti sebelum talian disambungkan kepada individu lain yang mendakwa ‘pegawai polis’.

“Suspek mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti mengubah suai meter elektrik, pengubahan wang haram dan penipuan digital. Bagi tujuan siasatan, mangsa diarahkan untuk berhubung dengan suspek dan  diminta melaporkan pergerakan harian,” katanya hari ini.

Mangsa kemudian diarahkan untuk membuat pinjaman kononnya bagi tujuan siasatan dengan pihak bank sebelum diarahkan melakukan beberapa transaksi pemindahan wang ke dalam tujuh akaun bank melibatkan 12 transaksi.

Mangsa juga membeli 35 keping resit ‘Razer Gold Topup’ dan menyerahkan nombor pin kepada suspek.

“Mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas diminta menyerahkan wang tambahan dan gagal menghubungi suspek,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN