fbpx
YAMAL (kanan) melakukan gerakan akrobatik untuk meledak jaringan buat Barcelona awal pagi semalam. - AFP

Jaringan akrobatik Yamal memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Barcelona kembali merampas kedudukan teratas La Liga selepas menang 3-0 ke atas Real Oviedo di Camp Nou awal pagi semalam hasil jaringan Dani Olmo, Raphinha serta gol cantik Lamine Yamal menerusi gerakan akrobatik.

Selepas Real Madrid menewaskan Villarreal kelmarin untuk memintas seketika di puncak liga, The Catalans kini kembali berada satu mata di depan seteru utama tersebut.

Walaupun Oviedo menghuni tangga tercorot liga dengan hanya dua kemenangan sepanjang musim, Barcelona terpaksa bekerja keras untuk memecahkan benteng lawan apabila pasukan lawat berdisiplin mengekang asakan anak-anak buah Hansi Flick hingga babak kedua.

Kualiti Barcelona menjadi perbezaan kedua-dua pasukan terutamanya jaringan menarik Yamal yang melepaskan voli akrobatik hasil hantaran lintang Olmo bagi memastikan kemenangan bergaya buat juara bertahan itu.

“Saya tahu kami tidak bermain pada tahap tertinggi pada separuh masa pertama, tetapi pasukan ini melakukan kerja yang sangat baik dalam beberapa minggu dan bulan kebelakangan ini.

“Ia (jaringan Yamal) amat hebat. Saya gembira dia menjaringkan gol yang begitu berkualiti dan gol ketiga itu amat penting buat kami,” kataFlick.

Barcelona selepas ini akan melengkapkan saingan peringkat awal Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menentang wakil Denmark, Copenhagen awal pagi Khamis ini.

Sebagai rekod, Barcelona sudahpun mara mengesahkan tempat ke pusingan playoff, namun kemenangan mampu menjamin kedudukan mereka dalam kelompok lapan terbaik dan layak automatik ke suku akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI