fbpx
Anggota polis membawa Hairei Huzairiey selepas didakwa atas pertuduhan cuba membunuh anak perempuannya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Penganggur tak mengaku cuba bunuh anak 3 tahun tepi jeti Tok Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh anak perempuannya yang berusia tiga tahun di Pengkalan Maritim Tok Bali, dekat Pasir Puteh kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Hairei Huzairiey Hazmi, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan cubaan bunuh sehingga ingin menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Pak Mayong berdekatan Pengkalan Maritim Tok Bali, dekat Pasir Puteh kira-kira pukul 7 pagi pada 14 Januari lalu.

Hairei Huzairiey didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zulfaqar Al Basysyar.

Terdahulu, Siti Hajar tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh kerana pertuduhan yang dihadapi tertuduh merupakan satu kesalahan serius.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang dikatakan cuba terjun bersama anak perempuannya berusia dua tahun ke dalam sungai di Jeti Tok Bali, di sini pada 14 Januari lalu rupa-rupanya bertindak di luar kawalan apabila dia mengugut untuk membunuh kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang disahkan positif dadah jenis methamphetamine membawa anaknya ke tepi jeti tersebut sambil memegang serpihan botol kaca pecah dipercayai diambil di sekitar kawasan jeti berkenaan.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Anis, di sini untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI