fbpx
LETSHANAA mara ke suku akhir Indonesia Masters 2026.

Indonesia Masters: Letshanaa lakar kejutan singkirkan Michelle Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa mencuri tumpuan di Istora Senayan, Jakarta apabila melakar kejutan menyingkirkan pemain berpengalaman dari Kanada, Michelle Li pada pusingan kedua Indonesia Masters 2026, hari ini.

Walaupun berdepan lawan yang jauh lebih berpengalaman Letshanaa mempamerkan aksi terbaiknya untuk melakar kemenangan straight set 21-14, 21-14 ke atas pemain pilihan keenam kejohanan tersebut.

Lebih manis, pemain yang kini menghuni ranking ke-42 dunia itu hanya memerlukan masa 36 minit untuk menumbangkan Michelle yang berada di kedudukan ke-12 dunia.

Kemenangan bergaya itu membolehkan Letshanaa mengesahkan tiket ke suku akhir esok, di mana akan bertemu wakil Taiwan, Huang Yu-shun.

Sebelum itu, Yu-shun turut tampil cemerlang apabila menumbangkan pemain ranking ketujuh dunia yang juga wakil tuan rumah, Puteri Kusuma Wardani dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Kecemerlangan kem badminton negara turut diteruskan menerusi beregu wanita utama, Pearly Tan-M. Thinaah yang menundukkan gandingan Taiwan, Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao 21-13, 21-12 untuk mara ke pentas suku akhir.

Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut cemerlang apabila menewaskan pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai 21-12, 21-18.

Dalam aksi beregu lelaki, gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan pasangan India, Hariharan Amsakarunan-M.R Arjun dalam pertarungan tiga set 21-17, 9-21, 21-16.

Sementara itu, Goh V Shem yang bergandingan dengan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu turut meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan beregu China, Hu Keyuan-Lin Xiangyi 25-23, 23-21. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN